Thursday 5 November 2020

Rindu Yang Tak Terungkap

Tarikh 30/08/2020 adalah satu daripada tarikh yang bakal menjadi ingatan dalam hidupku buat selama-lamanya.Satu tarikh yang mengubah seluruh kehidupan aku dan keluarga.Kehilangan bonda tercinta.
Ianya suatu hakikat yang sukar diterima,namun itulah realiti yang aku harus hadapi. Kesedihan sememangnya tidak mampu diucap dengan sebarang kata.Tetapi apa yang lebih memilukan apabila perasaan yang dinamakan "RINDU" itu menjelma. Rindu pada orang yang tak mungkin akan kembali lagi.Suatu rindu yang tak terungkap.Tiada lagi doa tanpa hijab seorang ibu,tiada lagi teman untuk meluah kata,tiada lagi teman untuk bermanja ketika sakit,tiada lagi teman untuk memasak bersama-sama,tiada lagi teman untuk mendengar segala rungutan tentang apa yang berlaku dalam kehidupanku sepanjang hari,tiada lagi teman untuk aku menelefon dan bercakap sehingga berjam-jam lamanya setiap hari. Sungguh aku rindu.😭😭

Buat arwah mek,semoga dikau damai di alam sana..Al-Fatihah

Wednesday 8 April 2020

PERJALANAN

Jika kau rasa susah,ambil sedikit masa,pejamkan mata & katakanlah kepada diri bahawa "ini adalah perjalanan hidup yang telah diatur Allah untuk aku,walaupun bukanlah seperti kehidupan yang aku impikan tetapi aku yakin bahawa Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupku ini" .Kemudian,senyum dan teruskan melangkah kerana selagi nyawamu masih tersisa,perjalanan ini perlu diteruskan.Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dari Allah kerana Dialah pemilik segalanya.Keajaiban itu pasti berlaku dengan kehendakNya yang kadang tak terjangkau fikiran kita sebagai manusia ini. Terus berusaha menjadikan hidup ini indah pada kacamata sendiri kerana kebahagian sebenar terletak pada sekeping hati yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang dimiliki.

Friday 12 July 2019

Rasa Ini Membunuhku😔

Apabila realiti hidup kau tak semanis yang kau impikan.Sampai satu tahap kau akan berasa lelah.Sering tertanya-tanya mengapa hidup kau begini,sedangkan mereka kelihatan senang2 saja??Rasa ini sering membunuhmu bila kau terlalu melihat kesempurnaan yang ada dalam kehidupan orang lain.Sedangkan kau beranggapan bahawa hidupmu kelam,tak nampak cahaya,jalan di masa hadapan. Perasaan itu semakin lama semakin memcengkam hati,lebih2 lagi tatkala usia mu menginjak dari tahun ke tahun.Sedangkan,hidupmu masih seperti selalu.Tiada apa2 perubahan.Tiada pencapaian yang mampu kau banggakan.Tiada kerjaya yang hebat,tiada kenderaan sendiri,tiada keluarga impian dan byak lagi nikmat dunia yang kau rasakan mereka yang seusiamu malahan ada yang lebih muda daripadamu mampu memilikinya.Akhirnya kau merasakan hidupmu ini untuk apa?
     Bila terlalu mengikut perasaan dan berfikir tentang kehidupan yang kau lalui ini sukar pada dasarnya kau akan mengalami tekanan yang bukan sedikit.Malahan boleh membawa kepada 'depression'. Untuk mengatasinya,kau perlu percaya dan redha pada takdir yang telah Allah tuliskan buatmu.Kau perlu ingat bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah yang hakiki.Kesenangan di dunia tidak menjanjikan kesenangan jua di akhirat sana.Mungkin saja di dunia ini kau diuji,sebagai balasannya kau akan mendapatkan ganjaran di alam sana nanti.Yakinlah bahawa Allah itu tak akan menzalimi hambaNya.Dia tidak akan memberatkan kau bebanan yang tak mampu kau pikul.Yakin itu,Inshaa Allah kau akan tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupanmu.
  Kau mungkin fikir bahawa kehidupan kau sekarang bukanlah impianmu.Tapi apabila kau lihat mereka yang menjalani kehidupan yang lebih susah daripadamu,kau akan mengenal apa itu maknanya syukur.Janganlah kita melihat apa yang kita tak punya.Lihatlah limpahan nikmat yang lebih besar yang telah Allah kurniakan kepada kita.Tanpa kita sedari,kehidupan yang kita tidak ingin lalui ini sebenarnya kehidupan yang ramai orang yang kesusahan mereka lebih berat lagi impikan.Kuncinya syukur dan berusahalah untuk menjadi lebih baik.Jangan pernah sesekali putus asa kerana walaupun ujian Allah sebesar kapal,tetapi nikmat Allah itu seluas lautan.😇

Thursday 15 February 2018

#Gapoever,Jalan Saja😊

Mudah saja berkata "bersabarlah", "bertahanlah" kerana kau tak melaluinya. Gapoever kesusahan yang berlaku dalam hidup ini,selagi kau mampu mengharunginya,jalani sajalah apa adanya. Sampai satu tahap bila kau rasa sudah tidak mampu,berhentilah dan duduk seketika. Berhenti itu bukan bererti kau putus asa tetapi masa rehat untuk kau mengumpul kembali semangat dan kekuatan yang masih tersisa. Yakinlah,setiap kesusahan itu selepasnya ada kesenangan. Senyum dan teruskan perjalanan yang masih berbaki sebelum kau menemui pencipta yang hakiki.😊

Sunday 16 June 2013

DUNIA BARU..KEHIDUPAN BARU..


                                                                          Assalamualaikum..

Allah sentiasa ada..





            Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan ni.Rasa sebak tiba2 bertandang ditangkai hati. Sedih pula hati kita ni bila mengenangkan hari2 terakhir mnjadi mahasiswa kampus.Lepas ni kena melangkah ke dunia sebenar.Dunia praktikum.Dunia kerjaya.Dunia kemasyarakatan.        Dunia.Dunia.Dunia.                                                                                                                                       Dunia yg penuh dengan cabaran.Penuh dengan tipu daya.Penuh dengan muslihat.Dunia yang mungkin akan membuatkan kita tersungkur jatuh seandainya kita tidak bijak menepis segala yang buruk dan mengaplikasikan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi selama ini. Ya Allah semoga aku tetap tabah menghadapi segala kemungkinan dan ujian Mu nanti. Tetapi seandainya saat itu aku rebah,moga Kau berikan aku kekuatan untuk bangkit semula.


Harap2 semuanya baik2 saja krn JALAN KEHIDUPAN ITU KELIHATAN SULIT DAN BERLIKU HANYA KERANA KITA BELUM PERNAH MELEWATINYA LAGI.
Jadi jangan pernah takut utk terus melangkah ke hadapan.


Tuesday 23 April 2013

❤ KISAH AKU DAN DIA ❤

Salam semua..

Bila korang baca tajuk entry baru aku nih,first skali yg terlintas kat minda korang ialah 
"ish2,budak bertuah nih mesti nk citer pasal bf dia nih,xpun pasal bff or teman tp mesranya." 
Ha3..betul x aku teka?(perasan jd ahli nujum kaji minda jap).
tp kan..tp...sebenarnya bukan itu sebenarnya yg mau aku ceritai..(berbelit2 ayat dah mcm india jual karpet daaa).ok2 straight 2 the point lah senang skit sbb otak aku pon dah terbelit sama ni.cnfius budak ni nk tulis pasal apa ni?awat nya ayat tunggang langgang,bengkang bengkok serupa dgn ular kena palu je.

lebih kurang mcm ni lah kot rupanya ular tu.
tp seriously cantik kan colour dia.ha3

Sekarang nih xpayah nk layan aku melalut sana sini,kita back to basic.Sebenarnya aku nk citer pasal kisah aku dan teman karibku dari dulu sampai kini,dari kecil smpai lah dah besar gedabak mcm skrang ni iaitu BUKU.ha3 mesti korang gelak kan ku kan.Tp,seriously aku mmng suka sgt2 'dia' ni smpaikan kadang2 tahap obses terlampau.Jenis buku yg paling aku minat gila2 ialah semestinya buku yg berbentuk story mory mcm novel,komik,majalah dll yg seangkatan dgnnya.

Meh,aku citer sikit pengalaman aku masa kecil2 dulu.Masa aku sekolah rendah dulu bahan bacaan yg paling aku suka baca ialah majalah Kuntum dan juga komik Kawan.Mmg tiap2 bulan time ada keluaran baru aku akan beli.Tambah memudahkan lg sbb kat sekolah aku pun ada jual majalah nih.Jd,lg mudah lah urusan aku.Kemudian,masuk sekolah menengah pula aku jd pelanggan setia majalah Dewan Siswa,Dewan Kosmik,Dewan Masyarakat dll.Mula2 tu aku xminat sgt baca majalah2 mcm nih tp lepas cikgu kata majalah2 nih dapat bantu tambah pengetahuan & ada banyak info berguna terutamanya utk penulisan karangan,jd aku pun beli & bacalah.Lg pun bukan rugi apapun.Byk benda baru yg aku dpt drpnya.Selain tu,aku juga suka baca majalah Remaja.Majalah nih mmg menarik.Byk info2 ttng dunia remaja yg aku perolehi.Ia sedikit sebanyak memberikan panduan kpd aku utk mghadapi cabaran bergelar remaja alaf baru yg penuh cabaran ni.Dan sampai skrang ni majalah tu still ada lg dlm rak buku aku.Mulanya ingat nk buang sbb nmpak mcm menyemak je tp aku xboleh lah.Sayang kot.ha3.

Oklah kita citer psal masa skrang pula.Sekarang ni teman aku yg paling rapat semestinya ialah NOVEL,NOVEL & NOVEL.Mcm budak yg xstudy kan.asyik baca novel je kejanya.ha3.Aku akui dulu2 mmg aku jenis yg klau baca novel,semua keja lain xjalan lah jawabnya termasuklah mkn minum pun aku bleh lupa.Sememangnya penyakit ni amat2 serious.Addicted sgt2.Selagi xhabis baca jgn harap aku nk buat keja lain.xkira lah pukul 3@ 4 pg ke ataupun hujan,ribut mahupun taufan aku still akan berusaha habiskan novel yg aku baca tu (melampau sgguh.anak2 smua,jgn ditiru perangai serupa ini ye..). 
TP..TP..TP..itu masa aku xbrapa nk matured lg lah.Sekarang nih tahap obsesiku sudah berjaya aku kawal.Aku dah berjaya manage masa aku.Berjaya bezakan antara keperluan dan kehendak.Maksudnya,aku baca novel time aku mmg xde keja yg perlu aku segerakan.Kalau ada keja yg lebih penting utk aku buat,aku akan tinggalkan pembacaan aku tu dan lakukan apa yg perlu aku lakukan itu dulu.Lagipun tak lari gunung dikejar kan. Alhamdulillah.

Walaupun dah ada improvement,tp masih ada lg perkara yg berkaitan dgn buku ni yg aku masih susah nk ubah.Contohnya,aku rela kot kurangkan mkn sbb nk simpan duit utk beli buku2 yg aku minat.Aku pun xtau nape aku jd mcm ni.Obses sgt2 dgn buku.Kalau benda lain ctnya kain baju,aku akan fikir byak kali sblum beli & klau pun aku berkenan sgt2 pun kat baju tu tp xbleh beli oleh sbb tertentu aku xde lah ralat sgt TP kalau melibatkan buku,seandainya aku xbeli buku yg aku mmng suka tu,nnti balik rumah aku akan rasa ralat sesangat smpaikan terfikir2 "nape lah aku xbeli jerr buku tu td.ish3.nyesalnya."Adoyaiiiiiii..tak dpt den nk tolong eh.

Oklah setakat nih lah dululah.Tq pada sape2 yg sudi baca smpai habis apa yg aku merepek merapu meraban kat atas tu.Nk kemas2 barang2lah.xsabar nk p Pesta Buku Antarabangsa KL..ha3.padahal 2@3 hari lg kot.tp yg pasti aku dah ter over excited nih.xsabar2..Byk buku dah disenaraikan.tp yg pasti xsemua aku mampu beli sbb nk dekat hujung2 sem nih bajet ana udah kurang dong.Tapi w/pun ongkos kurang aku still excited sbb pada aku xdpt beli pun xpe asalkan dpt tgk buku byk2 kat dpn mata pun ok(poyo je). daaaaaaaaaaa..

rasa nk borong semua novel yg ada tp poket semakin kering daaaa..

p/s:rasa mcm xsabar nk habis study n kerja.Dpt duit aku nk borong buku2 byk.huh.

Saturday 20 April 2013

WeLCOme BAck !!

aSSalaMUalaiKUM..

Entah mengapakah tetiba aku rasa rajin semacam jerr nk update blog ni. Mungkin aku dah bosan tahap petala 8 kot.Tak tau nk buat apa..walaweiiiiiiii..mcm xde keje jerr..hadooiiiyaaii..berat66 sungguh..Orang lain biasanya bila dah sem akhir nih keja bertimbun2,tp aku plak relaks jerr..ahaaakk..smpai tahap tak tau nk buat apa..akhirnya kehidupan diisi dgn benda2 yg x brfaedah..ish3..betullah Allah kata
 "Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian..kecuali mereka yg beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran."
Ya Allah!Aku mohon padaMu,tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar agar tidak terus hanyut dibawa oleh keseronokan & kesenangan dunia.amin.
Citer pasal masa ni,pejam celik pejam celik (byk pejam drp celik sebenarnya) aku dah nk hbis study rupanya.ALLAHHU AKBAR.Cepat sungguh masa berlalu kan.Aku rasa mcm baru semalam jerr family dtg hantar masuk sini.Tp hakikatnya dah nk dekat 3 tahun kot aku kat sini.Suka,duka,pahit,manis.masam,masin,tawar,payau & macam2lah pengalaman yg aku belajar dan tempuhi sepanjang study kat u ni.Apa yg aku bleh simpulkan bahawa kat sini aku bukan hanya blajar,mengadap buku 24 jam utk exam jerr,tp aku juga blajar tentang sebuah kehidupan.REALITI & PRAKTIKAL bukannya sekadar TEORI.Aku belajar tentang kehidupan yg xselalunya indah,kita xselalunya bernasib baik,kebergantungan terhadap diri sendiri (berdikari),terima hakikat serta kebenaran w/pun ia xspt apa yg kita impikan,kepelbagaian karenah (karenah,kerenah @markonah entah yg mana satu ejaan betul..ha3) masyarakat sekeliling krn xsemua org suka kita dan kita kena terima hakikat tu sbb kita pun bukan semua org kita suka kan?Betul tak?Pasal kawan-kawan pula,aku semakin mengenali pelbagai jenis kawan.Ada yg hanya cari kita masa senang,tp masa kita susah hilang tak tau p mana (ckp kedah lah plak).Ada juga yang pentingkan diri sendiri.Maksudnya,xfikir pun pasal kita,perasaan kita asalkan diri diorang senang.Pentingkan diri dia jerr,Orang lain diabaikan dan dikebelakangkan.Walau macam manapun,aku tetap bersyukur sebab ALLAH kurniakan aku insan yg bergelar SAHABAT.Merekalah yg menjadi salah satu sumber kekuatan yg membantu aku dikala susah dan senang,tempat meluahkan perasaan,berkongsi kegembiraan mahupun kesedihan.Terima kasih korang2 semua.Aku sayang korang sgt2.muah muah muah.
Berjauhan dari keluarga pula menjadikan hati dan perasaan aku semakin kuat dan tabah.Al maklumlah aku kan jenis yg agak manja (ayat cover guna perkataan 'agak'..ha3).Kat sini hampir semua benda aku kena urus sendiri,jd aku rasa diri ini semakin hari semakin matured.ALHAMDULILLAH.ada lah jgk perubahan kan.ha3..Oklah stakat ni lah dulu buat permulaan yg baru ni.Lain kali klau sisa kerajinan itu ada lg,aku update plak..daaaaaaaaaaaa...