Saturday 12 November 2011

USAH PENDAM RASA KECEWA..

Masalah keluarga?Gagal dalam peperiksaan? Itu adalah antara punca utama yang mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan mahasiswa kita pada hari ini.Kebiasaannya,seseorang yang  terkena penyakit kecewa ini sukar untuk mengikisnya.
            Rasa kecewa/kesal apabila tidak mendapat apa yang diinginkan adalah normal malahan, jika ada yang mengatakan bahawa dia tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidupnya,itu barulah dikategorikan sebagai tidak normal.Bagaimanapun kita harus bijak mengawal situasi agar perasaan itu tidak terus menguasai diri sehingga mendorong kepada tindakan diluar dugaan.
            Jadi,apa pun masalah yang dihadapi segala-galanya perlu diharungi dengan matang .Kita seharusnya belajar untuk mengubati kekecewaan itu kerana jika kita terus yakin dan bersemangat,pasti ada harapan..
anything happen just go forward!!