Wednesday 8 April 2020

PERJALANAN

Jika kau rasa susah,ambil sedikit masa,pejamkan mata & katakanlah kepada diri bahawa "ini adalah perjalanan hidup yang telah diatur Allah untuk aku,walaupun bukanlah seperti kehidupan yang aku impikan tetapi aku yakin bahawa Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupku ini" .Kemudian,senyum dan teruskan melangkah kerana selagi nyawamu masih tersisa,perjalanan ini perlu diteruskan.Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dari Allah kerana Dialah pemilik segalanya.Keajaiban itu pasti berlaku dengan kehendakNya yang kadang tak terjangkau fikiran kita sebagai manusia ini. Terus berusaha menjadikan hidup ini indah pada kacamata sendiri kerana kebahagian sebenar terletak pada sekeping hati yang sentiasa bersyukur dengan apa jua yang dimiliki.