Thursday 15 February 2018

#Gapoever,Jalan Saja😊

Mudah saja berkata "bersabarlah", "bertahanlah" kerana kau tak melaluinya. Gapoever kesusahan yang berlaku dalam hidup ini,selagi kau mampu mengharunginya,jalani sajalah apa adanya. Sampai satu tahap bila kau rasa sudah tidak mampu,berhentilah dan duduk seketika. Berhenti itu bukan bererti kau putus asa tetapi masa rehat untuk kau mengumpul kembali semangat dan kekuatan yang masih tersisa. Yakinlah,setiap kesusahan itu selepasnya ada kesenangan. Senyum dan teruskan perjalanan yang masih berbaki sebelum kau menemui pencipta yang hakiki.😊