Sunday 13 November 2011

There’s always a hope..

Someone said to me that “sometimes not to end our pray in the end of our hope..will lead to a great achievement that we will never dreamed of coz there’s always a hope”. That’s means, we have to believe ourself. Never give up wherever happens in our life. Although, we have a big problem or face difficult situation we must always think in positively.
            We do not have to think a lot about the problem ( do not ask: why it’s happen to me and not to others?).So, what you should do? You have to think the way to solve the problem. We must believe that everything have it solving. Never quit to hope coz where there is a will, there is a way.


p/s:struggle to life!!

~KAMPUS KEHIDUPAN~

Setahun yang lalu,aku sering terbayangkan bertapa seronoknya menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa.Dihormati,digeruni,dianggap bijak & serba tahu itulah gambaran masyarakat tentang mereka yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Perasaan & keinginan untuk menjadi sebahagian daripada warga kampus membuak-buak dalam diri ini.Tambahan pula,dengan sogokan cerita-cerita tentang keseronokan bergelar mahasiswa oleh guru-guru di sekolah dan mereka sekeliling yang pernah menjejakkan kaki ke universiti.Lantaran itulah,maka aku bertekad untuk belajar sebaik mungkin bagi merealisasikan cita-cita bergelar warga kampus.
       Alhamdulillah,dengan izin-Nya usahaku dengan bimbingan para guru akhirnya berbaloi.Aku diterima masuk ke Universiti Utara Malaysia,Sintok dalam jurusan Islamic Finance and Banking (BIFB) dan diminta mendaftar pada 4 Julai 2010 iaitu satu tarikh yang menjadi titik permulaan bagiku bergelar warga kampus.
     Bahagia & bangga kurasakan seolah-olah mimpi menjadi nyata.Namun,sayang sekali kerana rupanya kehidupan di kampus tidak seindah dalam bayangan.Jika di sekolah kita sering disuap oleh para guru (hanya perlu buka mulut je sebab semua sudah tersedia) tetapi di universiti kita perlu berdikari (usaha sendiri) & rajin bertanya untuk mendapatkan sesuatu maklumat.Bergelar mahasiswa juga mengajarku untuk lebih yakin diri & bijak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Semester pertama adalah penggal suai diri bagiku.Semester yang penuh dengan tekanan (kadang-kadang blur sebab tak tahu nak buat apa).
         Sesungguhnya benarlah kata pepatah bahawa “pengalaman merupakan guru terbaik”.Kini kuakui bahawa pengalaman yang kulalui telah menjadikan diri ini lebih matang.Aku semakin seronok menjalani kehidupan seharian di kampus.Sememangnya kehidupan sepanjang bergelar mahasiswa merupakan pengalaman terindah dalam hidup.Hanya mereka yang terpilih dapat merasainya & aku bersyukur kerana menjadi salah seorang yang bertuah itu.

p/s: terima kasih kepada semua yang selama ini menjadi nadi penggerak & pendorong hidupku…