Friday 12 July 2019

Rasa Ini Membunuhku😔

Apabila realiti hidup kau tak semanis yang kau impikan.Sampai satu tahap kau akan berasa lelah.Sering tertanya-tanya mengapa hidup kau begini,sedangkan mereka kelihatan senang2 saja??Rasa ini sering membunuhmu bila kau terlalu melihat kesempurnaan yang ada dalam kehidupan orang lain.Sedangkan kau beranggapan bahawa hidupmu kelam,tak nampak cahaya,jalan di masa hadapan. Perasaan itu semakin lama semakin memcengkam hati,lebih2 lagi tatkala usia mu menginjak dari tahun ke tahun.Sedangkan,hidupmu masih seperti selalu.Tiada apa2 perubahan.Tiada pencapaian yang mampu kau banggakan.Tiada kerjaya yang hebat,tiada kenderaan sendiri,tiada keluarga impian dan byak lagi nikmat dunia yang kau rasakan mereka yang seusiamu malahan ada yang lebih muda daripadamu mampu memilikinya.Akhirnya kau merasakan hidupmu ini untuk apa?
     Bila terlalu mengikut perasaan dan berfikir tentang kehidupan yang kau lalui ini sukar pada dasarnya kau akan mengalami tekanan yang bukan sedikit.Malahan boleh membawa kepada 'depression'. Untuk mengatasinya,kau perlu percaya dan redha pada takdir yang telah Allah tuliskan buatmu.Kau perlu ingat bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah yang hakiki.Kesenangan di dunia tidak menjanjikan kesenangan jua di akhirat sana.Mungkin saja di dunia ini kau diuji,sebagai balasannya kau akan mendapatkan ganjaran di alam sana nanti.Yakinlah bahawa Allah itu tak akan menzalimi hambaNya.Dia tidak akan memberatkan kau bebanan yang tak mampu kau pikul.Yakin itu,Inshaa Allah kau akan tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupanmu.
  Kau mungkin fikir bahawa kehidupan kau sekarang bukanlah impianmu.Tapi apabila kau lihat mereka yang menjalani kehidupan yang lebih susah daripadamu,kau akan mengenal apa itu maknanya syukur.Janganlah kita melihat apa yang kita tak punya.Lihatlah limpahan nikmat yang lebih besar yang telah Allah kurniakan kepada kita.Tanpa kita sedari,kehidupan yang kita tidak ingin lalui ini sebenarnya kehidupan yang ramai orang yang kesusahan mereka lebih berat lagi impikan.Kuncinya syukur dan berusahalah untuk menjadi lebih baik.Jangan pernah sesekali putus asa kerana walaupun ujian Allah sebesar kapal,tetapi nikmat Allah itu seluas lautan.😇